Tuesday 28 February 2012

pengalaman yang paling best...

em,,, hari ini saya nak cerita pengalaman saya pergi bercuti dengan kawan-kawan saya serta pakwe-pakwe dorang...
hari sabtu & ahad minggu lepas,, kitaorang pergi bercuti dekat PENGKALAN BALAK...
best la juga... kitaorang menginap dekat chalet... nama chalet tu " RESTU RESORT "...


aktiviti yang kitaorang lakukan,, banyak la juga...
hari pertama tu,, kitaorang check in dulu... tidur bilik lain-lain ok.. lelaki bilik & perempuan pun bilik lain tapi bersebelahan je lah bilik kitaorang... lepas tu,, kitaorang pergi bandar melaka lak..
pergi jalan-jalan kat DATARAN PAHLAWAN... tapi saya & kawan-kawan lain,, keluar asing-asing group... yang pasangan couple,, jalan lah dengan couple dorang & yang single-single macam saya nie,, jalan lah dengan yang single-single je...


ok,, group yang single-single tu adalah saya, fida & mimi... kitaorang jalan lah kat DATARAN PAHLAWAN tu & bukan itu saja,, kitaorang siap bershopping lagi tau... hehhehehe... 
lepas dah pusing-pusing & bershopping kat situ,, kitaorang pergi JONKER WALK... best gila kat situ.. 2 first time pergi walaupun dah duk kat melaka 2 tahun..hehehehe


hah,,, terlupa pula nak cerita pengalaman yang paling best & tak mungkin saya lupakan.. pengalaman itu adalah,, first time makan kat TUTTI FRUTTI... sedap gila aiskrim tu... eeerrmm,, asyik teringat-ingat je aiskrim tu.... lepas dah habis jalan2 kat bandar,,kitaorang balik chalet semula.. kitaorang bakar AYAM BBQ lak... pas tu dah habis makan semua,, kitaoreang pun masuk tidur dalam kul 3 pagi... dan keesokan nya iaitu ari ahad... saya dan dak2 perempuan bangun dalam kul 8 pagi untuk pergi jalan2 kat PANTAI... heheheheehhe... benda yang paling saya suka buat...
saya siap buat tarian POCO-POCO dengan kawan saya yang bernama hanna.. dengan muka tak malu nya kitaorang menari je.. heheehehe... siap ada group lelaki tu tepuk tangan kat saya & hanna masa kitaorang dah habis menari... hahahahaha... lepas dah habis bersiar2 di PANTAI,, kitaorang pun balik bilik untuk bersiap2 nak check out lak... lepas dah check out tu,, kitaorang pergi JUSCO baru kat melaka central... pergi tengok wayang lak...


saya,, fida & mimi pergi tengok wayang cerita ADNAN SEMPIT 2... best gila cerita tu,, saya gelak sampai tak ingat dunia...hehehehehe...berbaloi la juga tengok cerita tu... yang cuople2 lak,, tengok cerita GHOST RIDER... apa-apa pun... saya best sangat-sangat sebab dapat merasa macam pergi bercuti & berkonvoi... tercapai juga hajat yang saya nak selama nie... dapat tengok pantai adalah pengalaman yang saya akan ingat2 sampai bila2... itulah impian saya,, bercuti beramai-ramai..
okey,, sampai disini sahaja yang saya nak kongsikan... 
SMILE ALWAYS...

Wednesday 22 February 2012

aku tidak sempurna

saya mengaku yang saya tidaklah sesempurna seperti orang lain tetapi saya masih boleh meneruskan hidup ini walaupun penuh dengan kesakitan yang bakal saya lalui...
hidup saya sekarang ini penuh dengan kegelapan...
saya tak tahu lah kenapa???



saya tak tahu lah yang kuat tak untuk menempuhi hidup ini...
di sebabkan kesilapan yang pernah saya lakukan di masa silam itu... membuatkan diri saya ini asyik di belenggu dengan kesalahan-kesalahan sejarah dulu...
saya mengaku yang saya ini jahat & apa yang saya buat itu salah...
tetapi saya dah berubah sekarang untuk menjadi lebih baik dari dulu... saya mencuba untuk melupakan tetapi... saya tak mampu lakukan nya...



hidup saya memang tak sempurna seperti perempuan lain... saya tak tahu dari mana saya harus lakukan... memang orang tengok luaran saya yang saya ini cool je,,, boleh terima je apa yang berlaku dengan tenang tetapi orang tak tahu dalaman saya.. saya rasa perit sekali dan susah untuk bangun dari kegelapan serta kegagalan dan kesedihan yang saya hadapi...
saya mengaku yang saya memang memerlukan teman disaat saya sedih,duka,gembira & senang..
hidup saya akan mati dan sunyi serta saya tak tahu nak buat apa untuk teruskan hidup saya...



yang saya harapkan dalam hidup saya adalah,,, " KEIKHLASAN "... 
bukan nya " SIMPATI "...
tak guna kalau kawan dengan saya hanya nak amik kesempatan kat saya...
dah banyak gila saya jumpa orang macam tu...
kalau saya nak sebut,,,memang sampai tahun depan pun tak habis cerita saya nie....


tapi,,, apa-apa pun... saya menghargai orang yang ikhlas kawan dengan saya...
saya cukup berterima kasih kepada mereka yang sudi menerima saya sebagai kawan mereka & menjadi anak angkat mereka...


saya akan happy dengan orang yang sentiasa buat saya tersenyum...
saya akan happy dengan BABY yang sangat comel... hehehe
saya akan happy dengan orang yang tidak hipokrit...
saya akan sangat happy dengan orang yang tidak gedik & bajet cantik...


smile always guys & my friends....

Friday 17 February 2012

entah...

kali ini betul-betul buat aku sedih... aku tak tahu lah,, aku boleh teruskan ke tak perjuangan aku ini... YA ALLAH,, engkau kuatkan hati & perasaan aku serta iman aku...
aku tak tahu lah,, betul ke tak keputusan yang aku buat ini...
yang penting,, aku tak boleh berpatah balik...



aku tahu,, sejarah silam aku yang buat orang tak boleh terima aku seadanya...
YA ALLAH,, di luaran orang nampak aku boleh terima dengan redha tapi di dalam.. tak ada orang pun tahu apa yang aku rasakan...
kenapa semua ini berlaku???
kenapa ujian ini datang bertubi-tubi???
aku tahu yang banyak dosa yang aku buat selama ini tapi... kenapa aku tak pernah dapat " CINTA " itu....???



apa patut aku buat???
eh,,bodoh betul aku nie... aku kan dah janji yang aku tak akan sesekali bercinta & tak akan ada dalam kamus hidup aku perkataan " CINTA "...
YA ALLAH,, engkau kuncikan lah hati aku ini hingga hujung hayat aku...
YA ALLAH,, engkau keraskan hati aku ini...   

Sunday 5 February 2012

tentang saya...

okey...
hari nie,,aku nak cerita pasal diri aku...
aku sekarang nie ada buat satu bisness..
sepanjang aku buat bisness nie,, aku cuma da satu je matlamat aku iaitu nak tunjuk kat semua orang yang pernah reject aku dalam hidup dorang yang aku nie pun boleh berjaya tanpa dorang...
hehehehe...
tapi itu,,adalah dulu.. masa aku mula-mula putus cinta dengan sameone nie.. aku rasa,,,korang pun tahu kan sape.. so,, aku tak payah lagi nak mention nama dia di sini...


matlamat aku dalam bisness yang aku ceburi nie,, ada banyak...
harap-harap aku dapat mencapai nya sebelum ajal aku sampai...
hah,,sebelum aku nak bagitahu apa matlamat aku tu... aku nak ucap terima kasih kat PROSPEK aku yang ari tu aku jumpa... kerana dia kritik apa kelemahan aku & mungkin akan bersama-sama dengan aku untuk menjadi orang yang paling HEBAT di dunia ini... hahahahahaha...
sekarang nie,, aku lagi semangat nak buat bisness nie & aku janji kat diri aku sendiri.. aku akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun aku perlu menempuhi cabaran yang begitu besar dalam bisness nie... kalau dulu,, memang aku mengaku yang aku tak pernah nak cuba buat bisness nie kerana aku tak yakin dengan diri aku tapi sekarang tidak ada lagi MAIN-MAIN dalam kamus hidup aku untuk mencapai matlamat aku kali nie...


okey,,, matlamat aku untuk menceburi bisness nie adalah :-

  1. aku nak tolong parent aku
  2. aku nak merealisasikan impian adik-adik aku
  3. aku nak pergi melancong tempat yang selama nie aku belum pernah pergi dengan mengguna kan duit yang aku dapat dalam bisness nie
  4. aku nak hantar parent & adik-adik aku ke MEKAH
  5. aku nak memiliki sebuah rumah & kereta idaman aku iaitu FERRARI
  6. aku nak ada seorang drebar..hehehe
  7. aku nak ada ramai kawan
  8. aku ingin memiliki banyak handphone
  9. aku ingin kan sebuah laptop yang mahal, aku nak I-PAD, aku nak playstation
  10. aku nak hantar atok-atok aku pergi buat haji
  11. aku nak belikan rumah yang selesa untuk parent aku serta sediakan orang gaji untuk dorang.. (wah,,melebih-lebihkan aku nie)
  12. aku nak jadi seorang guru yang baik serta pemimpin yang tidak sombong
  13. aku tak nak adik-adik aku susah macam aku
  14. aku nak menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua orang
  15. aku nak derma kan sikit harta yang aku ada untuk anak-anak yatim
  16. aku nak jadi seorang WANITA yang HEBATTT
  17. aku nak tolong bangsa aku berjaya macam aku
  18. aku nak buka satu butik tetapi dengan harga yang berpatutan
  19. aku nak belajar sampai ke menara gading & aku akan sentiasa belajar sampai aku menghembuskan nafas terakhir aku
  20. aku nak jaga ibu ( KHAIRUNAZRIFAH BINTI RUSLAN ) & ayah ( MUSTAFA BIN MANSOR ) serta adik-adik aku yang lain lebih sempurna walaupun aku susah... 
 sebenarnya,,banyak lagi matlamat yang aku nak tulis tapi aku rasa..

cukup nie je untuk semua orang tahu.. walaupun dalam matlamat aku tu tak banyak pasal aku kan..
tak apa,, itu memang niat aku pun.. sejak aku asyik kena reject je,, aku dah banyak berfikir..
dah tiba masanya aku fikirkan pasal keluarga aku bukan lagi pasal aku lagi...
aku pun dah tutup pasal diri aku,, sekarang aku kena bangkit semula untuk fikirkan masa depan parent aku... aku anak sulung,, aku dah tak boleh nak main-main lagi dalam hidup nie & aku sendiri tak tahu bila ajal aku kan... memang itu yang patut aku buat untuk dorang...
aku juga nak BERTERIMA KASIH kat kawan baru aku iaitu AKMAL (amal ) kerana dia sentiasa memberi nasihat serta memberi aku semangat untuk bangkit dalam kehidupan serta dalam bidang bisness nie... dan aku ingin berTERIMA KASIH juga kat my best friend forever iaitu MOHAMMAD YUSOF (ucop) kerana sentiasa nak dengar masalah aku selama nie.. tak kira lah pasal cinta ke pasal family ke.. aku hormat gila kat kau... hehehehe.. terima kasih tunjukkan aku jalan yang betul...


walaupun aku kurang kasih sayang dari parent aku,, aku tetap sayang dorang...
hanya mereka sahaja yang berada di hati aku..
biarlah orang nak kata yang aku nie tak matang & tak reti bergaya.. apa yang penting,, aku tak hipokrit... aku suka dengan diri aku yang sekarang nie...
sekarang aku dah dapat confident aku semula walaupun cikit-cikit.. tak apa... demi bisness aku sanggup berkorban & aku sanggup berubah untuk menjadi lebih HEBATTT & TERBAIK...


banyak lagi aku nak cerita pasal aku tapi,,cukup lah dulu sampai disini..
nanti aku cerita lagi pasal diri aku serta group dalam bisness aku ok...
SMILE ALWAYS...