Tuesday, 28 February 2012

pengalaman yang paling best...

em,,, hari ini saya nak cerita pengalaman saya pergi bercuti dengan kawan-kawan saya serta pakwe-pakwe dorang...
hari sabtu & ahad minggu lepas,, kitaorang pergi bercuti dekat PENGKALAN BALAK...
best la juga... kitaorang menginap dekat chalet... nama chalet tu " RESTU RESORT "...


aktiviti yang kitaorang lakukan,, banyak la juga...
hari pertama tu,, kitaorang check in dulu... tidur bilik lain-lain ok.. lelaki bilik & perempuan pun bilik lain tapi bersebelahan je lah bilik kitaorang... lepas tu,, kitaorang pergi bandar melaka lak..
pergi jalan-jalan kat DATARAN PAHLAWAN... tapi saya & kawan-kawan lain,, keluar asing-asing group... yang pasangan couple,, jalan lah dengan couple dorang & yang single-single macam saya nie,, jalan lah dengan yang single-single je...


ok,, group yang single-single tu adalah saya, fida & mimi... kitaorang jalan lah kat DATARAN PAHLAWAN tu & bukan itu saja,, kitaorang siap bershopping lagi tau... hehhehehe... 
lepas dah pusing-pusing & bershopping kat situ,, kitaorang pergi JONKER WALK... best gila kat situ.. 2 first time pergi walaupun dah duk kat melaka 2 tahun..hehehehe


hah,,, terlupa pula nak cerita pengalaman yang paling best & tak mungkin saya lupakan.. pengalaman itu adalah,, first time makan kat TUTTI FRUTTI... sedap gila aiskrim tu... eeerrmm,, asyik teringat-ingat je aiskrim tu.... lepas dah habis jalan2 kat bandar,,kitaorang balik chalet semula.. kitaorang bakar AYAM BBQ lak... pas tu dah habis makan semua,, kitaoreang pun masuk tidur dalam kul 3 pagi... dan keesokan nya iaitu ari ahad... saya dan dak2 perempuan bangun dalam kul 8 pagi untuk pergi jalan2 kat PANTAI... heheheheehhe... benda yang paling saya suka buat...
saya siap buat tarian POCO-POCO dengan kawan saya yang bernama hanna.. dengan muka tak malu nya kitaorang menari je.. heheehehe... siap ada group lelaki tu tepuk tangan kat saya & hanna masa kitaorang dah habis menari... hahahahaha... lepas dah habis bersiar2 di PANTAI,, kitaorang pun balik bilik untuk bersiap2 nak check out lak... lepas dah check out tu,, kitaorang pergi JUSCO baru kat melaka central... pergi tengok wayang lak...


saya,, fida & mimi pergi tengok wayang cerita ADNAN SEMPIT 2... best gila cerita tu,, saya gelak sampai tak ingat dunia...hehehehehe...berbaloi la juga tengok cerita tu... yang cuople2 lak,, tengok cerita GHOST RIDER... apa-apa pun... saya best sangat-sangat sebab dapat merasa macam pergi bercuti & berkonvoi... tercapai juga hajat yang saya nak selama nie... dapat tengok pantai adalah pengalaman yang saya akan ingat2 sampai bila2... itulah impian saya,, bercuti beramai-ramai..
okey,, sampai disini sahaja yang saya nak kongsikan... 
SMILE ALWAYS...

Wednesday, 22 February 2012

aku tidak sempurna

saya mengaku yang saya tidaklah sesempurna seperti orang lain tetapi saya masih boleh meneruskan hidup ini walaupun penuh dengan kesakitan yang bakal saya lalui...
hidup saya sekarang ini penuh dengan kegelapan...
saya tak tahu lah kenapa???



saya tak tahu lah yang kuat tak untuk menempuhi hidup ini...
di sebabkan kesilapan yang pernah saya lakukan di masa silam itu... membuatkan diri saya ini asyik di belenggu dengan kesalahan-kesalahan sejarah dulu...
saya mengaku yang saya ini jahat & apa yang saya buat itu salah...
tetapi saya dah berubah sekarang untuk menjadi lebih baik dari dulu... saya mencuba untuk melupakan tetapi... saya tak mampu lakukan nya...



hidup saya memang tak sempurna seperti perempuan lain... saya tak tahu dari mana saya harus lakukan... memang orang tengok luaran saya yang saya ini cool je,,, boleh terima je apa yang berlaku dengan tenang tetapi orang tak tahu dalaman saya.. saya rasa perit sekali dan susah untuk bangun dari kegelapan serta kegagalan dan kesedihan yang saya hadapi...
saya mengaku yang saya memang memerlukan teman disaat saya sedih,duka,gembira & senang..
hidup saya akan mati dan sunyi serta saya tak tahu nak buat apa untuk teruskan hidup saya...



yang saya harapkan dalam hidup saya adalah,,, " KEIKHLASAN "... 
bukan nya " SIMPATI "...
tak guna kalau kawan dengan saya hanya nak amik kesempatan kat saya...
dah banyak gila saya jumpa orang macam tu...
kalau saya nak sebut,,,memang sampai tahun depan pun tak habis cerita saya nie....


tapi,,, apa-apa pun... saya menghargai orang yang ikhlas kawan dengan saya...
saya cukup berterima kasih kepada mereka yang sudi menerima saya sebagai kawan mereka & menjadi anak angkat mereka...


saya akan happy dengan orang yang sentiasa buat saya tersenyum...
saya akan happy dengan BABY yang sangat comel... hehehe
saya akan happy dengan orang yang tidak hipokrit...
saya akan sangat happy dengan orang yang tidak gedik & bajet cantik...


smile always guys & my friends....

Friday, 17 February 2012

entah...

kali ini betul-betul buat aku sedih... aku tak tahu lah,, aku boleh teruskan ke tak perjuangan aku ini... YA ALLAH,, engkau kuatkan hati & perasaan aku serta iman aku...
aku tak tahu lah,, betul ke tak keputusan yang aku buat ini...
yang penting,, aku tak boleh berpatah balik...



aku tahu,, sejarah silam aku yang buat orang tak boleh terima aku seadanya...
YA ALLAH,, di luaran orang nampak aku boleh terima dengan redha tapi di dalam.. tak ada orang pun tahu apa yang aku rasakan...
kenapa semua ini berlaku???
kenapa ujian ini datang bertubi-tubi???
aku tahu yang banyak dosa yang aku buat selama ini tapi... kenapa aku tak pernah dapat " CINTA " itu....???



apa patut aku buat???
eh,,bodoh betul aku nie... aku kan dah janji yang aku tak akan sesekali bercinta & tak akan ada dalam kamus hidup aku perkataan " CINTA "...
YA ALLAH,, engkau kuncikan lah hati aku ini hingga hujung hayat aku...
YA ALLAH,, engkau keraskan hati aku ini...   

Sunday, 5 February 2012

tentang saya...

okey...
hari nie,,aku nak cerita pasal diri aku...
aku sekarang nie ada buat satu bisness..
sepanjang aku buat bisness nie,, aku cuma da satu je matlamat aku iaitu nak tunjuk kat semua orang yang pernah reject aku dalam hidup dorang yang aku nie pun boleh berjaya tanpa dorang...
hehehehe...
tapi itu,,adalah dulu.. masa aku mula-mula putus cinta dengan sameone nie.. aku rasa,,,korang pun tahu kan sape.. so,, aku tak payah lagi nak mention nama dia di sini...


matlamat aku dalam bisness yang aku ceburi nie,, ada banyak...
harap-harap aku dapat mencapai nya sebelum ajal aku sampai...
hah,,sebelum aku nak bagitahu apa matlamat aku tu... aku nak ucap terima kasih kat PROSPEK aku yang ari tu aku jumpa... kerana dia kritik apa kelemahan aku & mungkin akan bersama-sama dengan aku untuk menjadi orang yang paling HEBAT di dunia ini... hahahahahaha...
sekarang nie,, aku lagi semangat nak buat bisness nie & aku janji kat diri aku sendiri.. aku akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun aku perlu menempuhi cabaran yang begitu besar dalam bisness nie... kalau dulu,, memang aku mengaku yang aku tak pernah nak cuba buat bisness nie kerana aku tak yakin dengan diri aku tapi sekarang tidak ada lagi MAIN-MAIN dalam kamus hidup aku untuk mencapai matlamat aku kali nie...


okey,,, matlamat aku untuk menceburi bisness nie adalah :-

  1. aku nak tolong parent aku
  2. aku nak merealisasikan impian adik-adik aku
  3. aku nak pergi melancong tempat yang selama nie aku belum pernah pergi dengan mengguna kan duit yang aku dapat dalam bisness nie
  4. aku nak hantar parent & adik-adik aku ke MEKAH
  5. aku nak memiliki sebuah rumah & kereta idaman aku iaitu FERRARI
  6. aku nak ada seorang drebar..hehehe
  7. aku nak ada ramai kawan
  8. aku ingin memiliki banyak handphone
  9. aku ingin kan sebuah laptop yang mahal, aku nak I-PAD, aku nak playstation
  10. aku nak hantar atok-atok aku pergi buat haji
  11. aku nak belikan rumah yang selesa untuk parent aku serta sediakan orang gaji untuk dorang.. (wah,,melebih-lebihkan aku nie)
  12. aku nak jadi seorang guru yang baik serta pemimpin yang tidak sombong
  13. aku tak nak adik-adik aku susah macam aku
  14. aku nak menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua orang
  15. aku nak derma kan sikit harta yang aku ada untuk anak-anak yatim
  16. aku nak jadi seorang WANITA yang HEBATTT
  17. aku nak tolong bangsa aku berjaya macam aku
  18. aku nak buka satu butik tetapi dengan harga yang berpatutan
  19. aku nak belajar sampai ke menara gading & aku akan sentiasa belajar sampai aku menghembuskan nafas terakhir aku
  20. aku nak jaga ibu ( KHAIRUNAZRIFAH BINTI RUSLAN ) & ayah ( MUSTAFA BIN MANSOR ) serta adik-adik aku yang lain lebih sempurna walaupun aku susah... 
 sebenarnya,,banyak lagi matlamat yang aku nak tulis tapi aku rasa..

cukup nie je untuk semua orang tahu.. walaupun dalam matlamat aku tu tak banyak pasal aku kan..
tak apa,, itu memang niat aku pun.. sejak aku asyik kena reject je,, aku dah banyak berfikir..
dah tiba masanya aku fikirkan pasal keluarga aku bukan lagi pasal aku lagi...
aku pun dah tutup pasal diri aku,, sekarang aku kena bangkit semula untuk fikirkan masa depan parent aku... aku anak sulung,, aku dah tak boleh nak main-main lagi dalam hidup nie & aku sendiri tak tahu bila ajal aku kan... memang itu yang patut aku buat untuk dorang...
aku juga nak BERTERIMA KASIH kat kawan baru aku iaitu AKMAL (amal ) kerana dia sentiasa memberi nasihat serta memberi aku semangat untuk bangkit dalam kehidupan serta dalam bidang bisness nie... dan aku ingin berTERIMA KASIH juga kat my best friend forever iaitu MOHAMMAD YUSOF (ucop) kerana sentiasa nak dengar masalah aku selama nie.. tak kira lah pasal cinta ke pasal family ke.. aku hormat gila kat kau... hehehehe.. terima kasih tunjukkan aku jalan yang betul...


walaupun aku kurang kasih sayang dari parent aku,, aku tetap sayang dorang...
hanya mereka sahaja yang berada di hati aku..
biarlah orang nak kata yang aku nie tak matang & tak reti bergaya.. apa yang penting,, aku tak hipokrit... aku suka dengan diri aku yang sekarang nie...
sekarang aku dah dapat confident aku semula walaupun cikit-cikit.. tak apa... demi bisness aku sanggup berkorban & aku sanggup berubah untuk menjadi lebih HEBATTT & TERBAIK...


banyak lagi aku nak cerita pasal aku tapi,,cukup lah dulu sampai disini..
nanti aku cerita lagi pasal diri aku serta group dalam bisness aku ok...
SMILE ALWAYS...

Tuesday, 31 January 2012

sakit hati... apa salah aku???

hari ini hari yang paling membosankan dalam hidup aku...
sebenarnya dari semalam aku rasa macam ini... aku pun tak tahu la,, tapi semalam lagi teruk la aku rasa.. mana tak nya,, sampaikan aku menangis di sebabkan kenangan-kenangan SHAFIQ NICIYU tu muncul... eerrrmmm,, kali nie.. aku betul-betul nak buang DIA dalam hidup aku... buktinya aku dah buang gambar DIA yang ada kat dalam handphone aku serta aku buang nombor handphone DIA...
aku dah tekad untuk melupakan DIA buat selama-lamanya... dan aku bersumpah yang tak akan ada lelaki dalam hati aku & hidup aku... biarlah orang nak kata yang hati aku dah keras & aku keras kepala.. peduli apa aku... yang penting,, aku tak nak lagi hati aku di lukai lagi oleh mana-mana JANTAN lagi... biarlah orang kata,,BENCINYA aku kat lelaki sampai macam tu.. aku jadi macam tu sebab LELAKI... semuanya di sebabkan mereka...



aku dah serik untuk itu lagi & aku dah tak nak lagi menangis di sebabkan LELAKI or JANTAN lagi... peduli apa aku... yang penting aku kena sayang lebih kat diri aku sekarang nie... aku kesian gila kat diri aku sendiri sebabnya,, aku dapat LELAKI semuanya tak pernah menghargai aku... aku je bodoh sebab senang mempercayai JANTAN or LELAKI... untuk memang kelemahan semua wanita tapi perlu ke dorang memberi harapan palsu serta janji-janji palsu kat perempuan... AKU BENCI GILA-GILA KAT LELAKI... sekarang nie,, aku kena pandai hidup tanpa LELAKI.. ada seorang lelaki yang aku percaya dalam hidup nie ialah AYAH KESYANGAN aku... dia je lelaki yang boleh di percayai...


aku tahu,, aku banyak kekurangan daripada perempuan-perempuan lain... kekurangan aku ialah aku tak matang & kebudak-budakkan serta aku tak pandai nak bermadah-madah dengan pasangan & aku memang tak reti nak bergaya... tapi,, aku tak akan pernah nak perbaiki kekurangan aku kerana aku nak orang boleh semua kelemahan aku.. kiranya,, terima lah aku seadanya... lagipun,, kat dunia nie tak ada yang sempurna hidupnya serta fizikalnya...
apa-apa pun,, aku bersyukur dengan apa yang aku ada... 


hah,,, tapi aku masih lagi boleh meneruskan hidup ini dengan ceria & happy go lucky...
walaupun aku akan mengharungi semua benda-benda yang menyakitkan hati aku setiap hari...
eeerrrmmm,,, huhuhuhuhu...


em ok.... stop lak cerita pasal aku..
sekarang nie,,kita cerita pasal seorang kawan aku nie...
aku tak tahu lah apa salah yang aku dah buat samapaikan dia tak tegur aku dah 2hari...
kalau aku ada buat salah,,, terus terang tak boleh ke???
emmm,,kalau kau nak aku pujuk kau.. memang tak lah,, sebabnya aku nie memang tak reti nak pujuk orang... kalau aku gaduh dengan mak aku sendiri,, aku tak pernah nak pujuk... sebab nya,, tu memang prinsip aku... prinsip aku adalah,, aku boleh je hidup sorang-sorang... kalau orang lain mesti tak boleh kan... 
dari dulu lagi aku memang macam tu,,, lagipun aku cuma percaya yang parent aku tak pernah sayangkan aku sebabnya dorang tu suka pilih kasih,.. so,, aku dah terbiasa...
apa-apa pun.,, satu je yang aku nak cakap kat kau yang kalau aku ada buat salah... cakap je,, tak payah nak touching lebih-lebih... aku tak suka lah,,jujur aku cakap...


hah,,, itu sahaja luahan hati aku yang dah lama aku pendam kan... sampaikan satu hari aku menangis disebabkan kenangan dengan DIA... APA-APA PUN,, HATI AKU DAH KERAS & HIDUP AKU AKAN GELAP BUAT SELAMA-LAMANYA...

Sunday, 15 January 2012

perasaan & hati

dah seminggu saya demam... eerrrm,,, nie demam apa sebenarnya???
tak kan lah demam rindu kat DIA...
huhuhuhuhu,,, memang saya rindu kat DIA pun... sampaikan saya hanya mampu tengok picture DIA sahaja... tiap-tiap hari saya tunggu mesej DIA... kalau DIA mesej pasal bisness pun tak apa lah..
yang penting,, rindu ini dapat di ubati... kenapa lah saya tak boleh terima lelaki lain...???
rindu teramat-amat... errmm,, apa-apa pun... bisness saya perlu di jalankan & mencapai apa yang saya kehendaki selama nie...


saya masih ingat lagi apa yang DIA cakap kat saya " bisness is bisness & personal is personal "...
tapi masalahnya,,, kteorang tak pernah cakap pasal personal... errrm,,, saya redha dengan keputusan DIA.... apa-apa pun,,, saya harap DIA sentiasa happy dengan apa yang DIA lakukan....

Thursday, 12 January 2012

luahan perasaan...

hidup ini perlu di teruskan walaupun banyak dugaan yang datang menimpa kita...
tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan... dan tak semua orang akan selesa dengan apa yang kita buat untuk mereka...

hahahahaha.... pelikkan saya nie,, tiba-tiba je tulis macam tu... hehehehe...
dah lama saya tak mencurahkan perasaan saya kat BLOG kesayangan saya... windunya... rindunya...
hehehehehehe.... apa yang perlu saya katakan yang saya paling rindukan MY PRINCE... ini lah perasaan saya untuk selama nya walaupun kami sekarang cuma kawan & partner di dalam bisness... walaupun saya sakit untuk terima kenyataan ini tetapi saya harus terima juga dengan hati yang ikhlas & redha dengan ketentuan ILLAHI... padahal orang kata yang saya ini,, PASRAH je dengan apa yang berlaku..
ye la,, tak kan lah saya nak paksa DIA terima saya kot... kerana hakikatnya,, DIA tak sayang saya pun.. errmmm sedihnya... pada masa tu,, TUHAN je tahu,, macam mana perasaan saya...


walaupun menyakitkan tapi saya harus teruskan perjalanan hidup saya... tetapi,, saya rindukan DIA sangat-sangat... apa yang perlu saya buat sekarang nie??? perlu ke saya mengelak dari berjumpa dengan dia tapi DIA adalah partner bisness saya... errrmmm,,, sedihnya.... DIA lah lelaki yang paling baik pernah saya kenal & couple.. 

saya kena kuat untuk menghadapi semua ini... hidup ini perlu di teruskan.. apa-apa pun,, saya kena lah sentiasa enjoy dengan status saya yang " SINGLE " nie... eeerrmmm.......
                               STILL LOVE HIM & MISS HIM SO MUCH...